My Site
Facebook Twitter I DONT HAVE Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

Fakta atau Auta? (Rumah sewa)
Sunday 26 April 2015 - Permalink - 1 Comments
Greeting Text



Assalamualaikum.
Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T..
Yang buruk datangnya daripada Syai sendiri.

Lama tak update blog ni.
Dah berhabuk bagai.
Blogskin siap tukar baharu.

Dah bergelar pelajar mestilah sibuk kan.
Okey, sebenarnya Syai ni pelajar sem 2 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu atau lebih dikenali sebagai PSMZA (psmzarians).

Dah nak masuk sem 3.
Tapi lambat lagi.
Syai duduk rumah sewa untuk sem 2.
Jadi Syai nak beritahu korang perkara yang korang harus tahu pasal housemate korang semua.

Dah duduk rumah sewa, kita boleh kenal siapa rakan serumah mahupun rakan sebilik.

1. Jadual
Korang perlu buat satu jadual. Jadual kebersihan. Siapa yang perlu buang sampah minggu ni dan minggu seterusnya. Biar berdisiplin. Ikut peraturan. Pastikan rakan serumah korang ikut peraturan tu.

2. Kebersihan
Dah duduk rumah sewa tu kenalah pandai jaga kebersihan. Jangan sampai orang lain mengata pula. Kebersihan dari segi apa? Tandas tu paling penting. Seperti yang kita tahu, tandas ni tempat kegemaran syaitan. Jadi kita kenalah jaga dengan sebaiknya. Semua perlu mainkan peranan. Contoh, yang dah buang air besar tu, pandai - pandailah flush  sebelum keluar bilik air. Jangan tinggalkan. Dah macam UFO dah. Terampung kat permukaan tu. Tak ke jijik orang lain nak guna? Fikirlah sikit.

3. Tak lekat duk rumah
Ha, Yang tak lekat duk rumah pun satu hal. Janganlah duk keluar sangat. Jiran tengok kan fikir lain pula. Jagalah sikit adab duk rumah sewa. Ni tak, siang malam pagi petang keluar. Rakan serumah yang lain pula tak selesa. Jiran yang dah berkeluarga tu pun boleh fikir lain.

4. Pakwe | Makwe
Yang dah berkasih - kasihan tu mohon jangan selalu keluar atau lepak malam - malam kat luar rumah. Kan dapat jiran yang berkeluarga sebelah rumah pandang lain. Jangan sampai dah kena tegur baru nak sedar.

5. Duit rumah sewa
Dah duduk rumah sewa tu kenelah standby duit nak bayar rumah sewa. Jangan pula lengah - lengahkan. Kan kesian pula orang yang nak bayar kat owner rumah sewa. Kalau boleh prepare siap - siap duit tu. Jangan sampai owner mintak baru nak gi ambik duit kat ATM. Kan menyusahkan!

6. Bising
Silalah jaga kelakuan. Yang duk suka dengar lagu ke tengok movie ke. Silalah hormat sikit. Bukan tak tahu, kalau yang duk rumah sewa ni bisingnya lain macam. Sampaikan orang nak tidur kat sebelah pun tak lena. Fahamlah sikit. Ade sesetengah orang tu tidur dalam keadan senyap.

7. Tidur lewat
Yang tidur lewat pun janganlah tinggal satu dua jam lagi nak bangun baru nak tidur. Awak tu pelajar. Fikrlah. Ada akalkan. Nanti menyusahkan orang lain kejutkan awak. Nak kejutkan dahlah susah.

Kat atas tu Syai dah senaraikan fakta bakal housemate korang. Mungkin ada lagi yang Syai tak tulis. Lain kali mungkin. Panjang sangat dah ni.

Pesanan : Buat yang duduk di rumah sewa sila titik beratkan kebersihan, disiplin dan hormat sikit pada rakan serumah yang lain. Jangan fikir awak sorang je yang bayar. Orang lain pun bayar. 
Pesanan ikhlas daripada Syai.

L0V3,
Syx'i







Medical Check Up ( Part II )
Wednesday 4 June 2014 - Permalink - 0 Comments
Greeting Text


Assalamualaikum .
Yang baik datang dari Allah SWT . Yang buruk datang dari diri sendiri .

# Urine Test

Urine test . Check air kencing . Macam biasa la . Staff hospital akan berikan satu bekas kecil . Jadi , korang isikan dengan air kencing korang la . Tak kisah banyak atau sikit . Yang penting , jangan sikit sangat . Paling penting , JANGAN MAKAN NASI ATAU APA - APA PUN . Kerana kalau korang makan sebelum buat urine test , resultnya membawa kepada air kencing kotor . ( * bukan kotor seperti hitam ya ) . Air kencing korang disyaki ada gula . Jadi , pastikan korang tak makan . Macam saya , saya tak tahu pun tak boleh makan . Staff tu tanya la saya , samada saya makan ke ? Saya makan . Dia siap tanya makan pukul berapa ? Saya jawab la makan pukul 7 . Masa tu mungkin pukul 8 lebih . Jadi , dia akan tick gula pada borang medical check up pasal urine test tu .
Sebenarnya malau nak cerita . Haha . Tapi cerita juga . Sebab tak nak korang buat silap .

# Blood

Lepas dah siap urine test tu , kena pula check kumpulan darah . Saya berdarah O . Jadi , kalau nak menderma senang . Nak menerima darah lain tu susah . Kesian . Saya dah tahu lama dah darah saya . Sebab dah pernah buat masa Form 3 . Teman kakak pergi check kumpulan darah . Sekali lah check darah .
Mula - mula takut . Staff tu guna alat apa entah la .


Lebih kurang macam ni lah . Ni masa nak ambil darah . Sikit je pun . 


# Check Gigi

Check gigi macam biasa la . Periksa tengok gigi . Okey atau tak ? Masa tu tak ramai orang check gigi . Dalam tiga orang termasuk saya . Tapi nak tunggu nama dipanggil agak lambat la juga . Jadinya , kesabaran diperlukan .

# Check Mata / Penglihatan

Sebenarnya ni last sekali check . Ni satu lagi kejadian yang berlaku kat saya . Sebab tak tahu kat mana bilik nombor berapa untuk periksa mata tu , jadi ayah saya tanya kat nurse . Nurse tu suruh masuk je bilik nombor 1 . Lepas masuk , ada seorang lagi nurse yang ambil borang dan kertas medical check up tu . Dia cakap akan panggil nanti . Saya dan ayah saya pun tunggu je lah . Ingatkan nurse tu panggil nama untuk masuk periksa mata . Rupa - rupanya sangkaan saya meleset sama sekali . Dia panggil ikut nombor . Saya agak terlambat masuk . Sebab tak sedar . Dalam tiga kali jugaklah . Nurse tu suruh kita orang cepat - cepat masuk . Dia check guna alat la . Alat apa pun saya tak tahu . Dia suruh saya baca huruf yang tu . Macam biasa la . Korang pun kena juga nanti . Ingat jangan lambat masuk , kalau tak nak kena marah . Selepas dah siap check mata tu , nurse tu check nadi mungkin dengan guna alat periksa tekanan darah . Kot la . Tak pasti alat apa . Yang dia lilit kat lengan tu . 

# X - ray 

Lebih kurang macam ni lah tempatnya nanti . Ni lah alat yang digunakan untuk x - ray . Kalau untuk x - ray jantung yang berdiri tu lah . 




X - ray ni lama nak tunggu . Nak kata ada orang kan , saya je . Kitaorang pun tunggu la . Agak lama sempat lagi tengok animasi boboiboy lagi . Bila dia suruh masuk , saya masuk je la . Masuk seorang je . Juru x - ray suruh tukar baju . Pakai baju yang disediakan . Masa nilah korang kena buang rantai ya . Kalau boleh jangan pakai masa datang hospital untuk medical check up . Baju dia warna putih . Kena ikat baju tu . Dahla kat belakang talinya , agak susah nak ikat . Saya ikat je la . Lepas dah siap x - ray . Tukar baju yang kita pakai tu . Dia suruh tunggu sebab nak beri laporan x - ray tu . Cepat kan , tak payah tunggu lama - lama . Satu lagi nak cakap , masa x - ray tak payah tanggalkan seluar . Tanggalkan baju je . 

*** Tambahan . 
Lepas dah siap check semua , barulah saya dan ayah saya pergi timbang berat dan ukur ketinggian . Lepastu isi cepat - cepat . 

Kena tunggu lagi sebab borang medical check up ada dengan doktor . Kami kena tunggu untuk dapatkan keterangan dari doktor . Tunggu punya tunggu , akhirnya nombor kami dipanggil untuk masuk bilik nombor 7 . Saya dengan ayah masukla bersama . Lepastu dia minta x - ray tu . Dia kata tak ada apa - apa . Alhamdulillah . Syukur . Berborak ? Cakap sikit - sikit je . Doktor tanya , ayah yang jawabkan . Masa dia mintak x - ray tu , saya ingat dia minta kad pengenalan . Haha . Masalah pendengaran betullah . Buat malu je . Doktor tu boleh la dikatakan hensem . Huhu . 

Lepas habis je penerangan yang diberikan oleh Doktor SS tu kitaorang pun keluar . Sempat lagi ayah salam dengan doktor tu . Saya buat medical check up dekat Hospital Hiliran , Kuala Terengganu . Dekat juga dengan pejabat percetakan dan balai bomba . 

Sekian . Wasalam .

Entri ini siap ditaip pada 4/6/2014 . Hari : Isnin . Pukul  9 : 14 PM .

Pena ,


Medical Check Up ( Part I )
Greeting Text


Assalamualaikum . Apa khabar ?

Yang baik datang dari Allah SWT . Yang buruk datang dari diri sendiri .

Hari ni nak cerita pasal kejadian - kejadian yang terjadi kat hospital .
Sudah lumrah bagi pelajar yang ingin memasuki ke IPTA atau IPTS harus melakukan MEDICAL CHECK UP terlebih dahulu .
Medical check up ni banyak tahu ( * maksud saya bukan setakat x - ray je )
# Urine Test
# Blood
# Check Gigi
# Check Mata / Penglihatan
# Check Telinga
# X - ray

Dan sebagainya ( * kalau ada lagilah )

* Tambahan : Berat , tinggi , nadi 

Pasal temu janji tu ayah saya yang uruskan . Ayah saya buat dua appointment sebenarnya . Haha ( * lain dari yang lain ) . Pada mulanya ayah saya letak tarikh 2/6/2014 . Lepastu ayah saya ada kerja pada 2/6 tu . Jadi ayah saya letak la tarikh 3/6/2014 . Saya tak pergi la masa ayah saya buat appointment tu . Ayah yang beritahu la .

Tiba je hari tu . Takut juga . Haha . Takut . Gila lah kalau tak takut . Teruja . Sebab ? Boleh jumpa doktor handsome . Huhu . ( * berangan jap ) . Eleh macam korang x terfikir kan pasal tu . Jawab dalam hati dah la . Okey . Sebab ayah kerja pagi tu , jadi saya pergi dengan abang dan kakak ipar sebab kakak ipar nurse kat sana . Lain bidang sebenarnya . Sampai je , kakak ipar tolong uruskan semua tu . Kan dah buat appointment tu ? Mula - mula kakak ipar punch card la dulu . Nurse kan . Kakak ipar yang tolong tuliskan dalam kertas tu . Alhamdulillah . Nasib baik ada yang tolongkan . Selepas siap tu , kakak ipar suruh duduk dulu . Tunggu nama dipanggil . Memandangkan ramai sangat pesakit masa tu . Jadinya , seat penuh . Jawabnya berdiri lah ye . takpe . Saya memang suka berdiri . Redha je lah .

Sebelum nama dipanggil saya call dulu ayah . Takut juga . Seorang diri kot . Tak kenal kot . First time datang hospital ni . Syukur ayah datang . Nama dipanggil . Duit dibayar sebanyak RM20 . Lepastu , staff sana beritahu apa kena lakukan . Bawa borang medical check up dan kertas yang diberi oleh pihak hospital .

BERSAMBUNG DI PART II .

Entri ini siap ditulis pada 4/6/2014 . Hari : Rabu . Pukul : 6 : 48 PM .

Pena ,



Perfect Match NTV 7
Sunday 1 June 2014 - Permalink - 0 Comments
Greeting Text


Assalamualaikum .
Yang baik datangnya dari Allah SWT . Yang buruk datangnya dari saya sendiri .

Mungkin ramai yang tengok rancangan kat NTV 7 pasal jodoh ni kan ? Kan ?
Jadi , hari ni nak beritahu sedikit maklumat yang saya tahu pasal rancangan ni .
Dulu memang selalu juga tengok. Sampai sekarang masih tengok .
Dah tak ingat bila mula rancangan ni . Tak tahu juga dah masuk berapa episod .
So , google pasal rancangan ni dan terjumpalah satu link yang membawa kepada laman web wikipedia tentang rancangan ni . Kalau kat NTV 7 rancangan ni namanya Perfect Match .
Lain pula nama sebenarnya yang asalnya daripada negara China * bukan Taiwan ye , sebenarnya saya pun pernah ingat rancangan ni Taiwan . Hehe .
Kalau kat China namanya Fei Cheng Wu Rao ( 非诚勿扰 ).
Dalam bahasa Inggeris pula namanya If You Are The One .

Sebenarnya rancangan ini dijadikan entri kali ni sebab tadi tengok rancangan ni kat NTV 7 . Peserta pula orang yang tiada tangan pada kedua belah tangan . Perempuan tu namanya Lei QingYao . Lei QingYao dah dapat terima seorang lelaki ni . Seronok juga tengok episod tadi . Rasanya dah banyak kali juga peserta lelaki lain cuba untuk mendapatkan perempuan ni . Akhir sekali , Lei QingYao ada juga pasangannya . Semoga mereka berbahagia . Dah cukup kot cerita pasal pasangan ni . Hihi .

Pengacaranya tak lain dan tak bukan semestinya Meng Fei . Pengacaranya agak lawak sedikit ya .
Dua orang penasihat . Seorang lelaki yang namanya Le Jia . Agak kacak walaupun botak . Haha . Meng Fei pun botak juga . Penasihat kedua iaitu Huang Han . Huang Han cantik juga * cantik jadinya Huang Han ni perempuanlah .

Seterusnya , lagu yang ada dalam rancangan ni :
Lagu mula - mula sekali bila 24 perempuan keluar : Madonna - Give Me All Your Luvin
Lagu yang mula - mula peserta lelaki masuk : Jean-Roch - Can You Feel It ( Big Ali Edit )
Lagu bila dua perempuan keluar untuk sesi soal jawab : Girls Generation - Gee
Lagu bila 24 lampu ditutup : Carl Orff - Carmina Burana
Lagu bila pasangan yang berjaya nak keluar : Liang Shanbo and Juliet - Genie Chuo ft Gary Cao
Lagu bila peserta lelaki tak berjaya : Fish Leong - Sadly , It's not You plays ( What a pity it's not you , staying with me to the end ... )

Klik Fei Cheng Wu Rao untuk mengetahui info yang lebih lanjut .

Bila pasangan berjaya , adalah pihak rancangan tu bagi hadiah macam percutian kat Laut Aegean .
Jadi setakat tu sahajalah entri saya kali ini . Sekian . Wasalam .

Pesanan penulis Blog : Harap maaf jika tersalah info .

Entri ini siap ditaip pada pukul 12 : 12 AM . Isnin . 2 Jun 2014 .

Pena ,

Kalendar Akademik Tahun 2014 ( POLITEKNIK )
Monday 26 May 2014 - Permalink - 0 Comments
Greeting Text


Assalamualaikum .

Yang baik datangnya dari Allah S . W . T .. Yang buruk datangnya dari saya sendiri .

Saya nak kongsi pasal kalendar akademik bagi pelajar Politeknik pada tahun 2014 .
Tadi search pasal jadual PSMZA . Lepastu , terjumpa pulak dengan kalendar akademik ni .
Jadi , saya nak kongsilah dengan pembaca sekalian .

Scroll down . Maaf kalau taip panjang sangat .




Nak tahu lebih lanjut . Klik POLITEKNIK

Maklumat tambahan : Link Politeknik dalam bentuk PDF
Entri ini dicatat pada hari Selasa . Pukul 12 : 12 pagi . 27 Mei 2014 .

Pena ,

PSMZA
Friday 23 May 2014 - Permalink - 3 Comments
Greeting Text


Assalamualaikum .
Yang baik datangnya dari Allah S . W. T , yang buruk datangnya dari saya sendiri .

Alhamdulillah . Syukur . Dapat jugak tawaran belajar kat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ( PSMZA ) . Banyak yang dah di apply tapi rezeki di Poli jugak .

Actually , saya minta kat Unisza . Lapan pilihan semua letak UniSZA tapi bukan rezeki .

Kenapa tak dapat ? ( BAGI SAYA )

# Mungkin result SPM yang tak mengizinkan
# Tak sesuai atau terlampau ramai yang mohon program diploma yang sama
# Dan semestinya bukan rezeki

Redha . Pasrah . Tabah .
Tiga patah perkataan yang sesuai ditujukan kepada diri sendiri . Yang penting , hati kena ikhlas .




Tulah yang saya mintak . Kalau pasal kelayakan tu , memang la layak .


Ni pulak yang politeknik tu . Dapat course yang pertama . First choice . Happy ? Alhamdulillah .

Kalau nak cerita pasal result SPM tu tak payah lah . Past is past . Mulakan hidup baharu . Kerana fasa itu telah tiba . Dunia baharu bakal menjelma tak lama lagi .

Tarikh daftar 15 / 6 / 2014 . Ahad .

Pesanan : Kepada bakal student PSMZA , harap dapat jadi kawan . Kepada senior PSMZA , tunjukkan sikap yang baik . 

Siapa yang dapat sama tu , kita geng .
Jika ada kesempatan waktu , insyaAllah saya akan post entri pasal orientasi .

Sekian , Wasalam .

Entri ini ditulis pada pukul 10 : 17 malam . Hari : Jumaat

Pena ,

Bercuti | Cameron Highland ( Part I )
Thursday 1 May 2014 - Permalink - 0 Comments

Greeting Text



Assalamualaikum . Hello . Ni hao .

Salam Ukhwah . Big hola earthling .


Nak cerita pasal percutian di Cameron Highland . Pada hari khamis - sabtu ( 24 / 4 / 14 - 26 / 4 / 14 ) .
Best jugak . Seronok pun ada . Ni kali pertama . For the first time in forever * sila nyanyi ikut lagu Frozen . Hehe . Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Cameron Highland kira - kira dalam lima hingga enam jam . Naik kereta okey .

Bila sampai , malam tu kita orang terus pergi makan lepas check in apartment . Kita orang pergi makan dekat KFC . Nak tahu kat mana apartment kita orang duduk , sila scroll down





sumber : google

Kelebihan apartment ni :

dekat dengan pasar malam ( bawah je )
ada alat - alat memasak 
ada sofa
ada meja makan
ada katil ( katil untuk dua orang )
bilik ( bilik bilik )
bilik mandi ( dua bilik mandi )
peti sejuk
almari

Okey , tulah antara kelebihan apartment ni . apartment yang kita orang duduk ni kena berurusan dengan Madam Cheah * kalau tak silap lah . Bilik okey . Dalam apartment ni tiada aircond . Tapi takpe la, sebab pagi - pagi kita orang dah keluar . Hehe . Hampir nak senja baru kita orang balik kat apartment semula . Malam - malam gerenti sejuk . Yang tak tahan sejuk tu , silalah bawak stoking yang tebal - tebal sikit . Apartment ni pakai mozek , jadi sejuk sikitlah kalau malam tu . Ada satu master bedroom . Satu master bedroom tu ade dua buah katil untuk dua orang tidur . Satu bilik tidur lagi , ada dua buah katil jugak . Dua buah katil tupun untuk dua orang tidur . Kiranya sebuah katil untuk dua orang . Tapi saya tidur sorang je . Hehe . Satu bilik tidur lagi , ada satu katil . Jadinya , memang selesalah . Sorang boleh satu katil . Dalam bilik tidur tu ada almari . Dalam tandas , ada JOVEN . Ala pemanas air tu . Sesuai untuk yang tak tahan sejuk . Air kat situ, sejuk sangat - sangat . Memang boleh beku * yang beku tu jangan percaya . Haha . 


Lebih kurang macam nilah ruang tamunya 

sumber : google


Nilah katilnya . Tak sama macam bilik saya

sumber : google


Lebih kurang macam nilah apartment ni 

sumber : google


Ni pulak bahagian dapur . Lebih kurang macam nilah dapur apartment tu

sumber : google


Setakat ni jelah nak cerita . Tu pun belum masuk bab jalan - jalan lagi . Bab jalan - jalan tu lain kali lah pulak . Lupa nak beritahu saya pergi dengan abang dan keluarga kakak ipar . Dalam lima orang tambah seorang anak buah . 


Coretan ini ditulis pada hari khamis . 1 April 2014 . 7 : 57 PM . 

Pena ,





Writter

Assalamualaikum. Hai. Hello. Ni hao. Welcome to my blog. Just call me Syx'i (SYA'I).
Scroll down happily
Tagboard

I'm sorry. I dont have any tagboard | chatbox. If you want to contact me just go to syairahmohdnoor@gmail.com
Credit

Template by Siti
OWNER : SYX'I