My Site
Facebook Twitter I DONT HAVE Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

Fakta atau Auta? (Rumah sewa)
Sunday 26 April 2015 - Permalink - 1 Comments
Greeting Text



Assalamualaikum.
Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T..
Yang buruk datangnya daripada Syai sendiri.

Lama tak update blog ni.
Dah berhabuk bagai.
Blogskin siap tukar baharu.

Dah bergelar pelajar mestilah sibuk kan.
Okey, sebenarnya Syai ni pelajar sem 2 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu atau lebih dikenali sebagai PSMZA (psmzarians).

Dah nak masuk sem 3.
Tapi lambat lagi.
Syai duduk rumah sewa untuk sem 2.
Jadi Syai nak beritahu korang perkara yang korang harus tahu pasal housemate korang semua.

Dah duduk rumah sewa, kita boleh kenal siapa rakan serumah mahupun rakan sebilik.

1. Jadual
Korang perlu buat satu jadual. Jadual kebersihan. Siapa yang perlu buang sampah minggu ni dan minggu seterusnya. Biar berdisiplin. Ikut peraturan. Pastikan rakan serumah korang ikut peraturan tu.

2. Kebersihan
Dah duduk rumah sewa tu kenalah pandai jaga kebersihan. Jangan sampai orang lain mengata pula. Kebersihan dari segi apa? Tandas tu paling penting. Seperti yang kita tahu, tandas ni tempat kegemaran syaitan. Jadi kita kenalah jaga dengan sebaiknya. Semua perlu mainkan peranan. Contoh, yang dah buang air besar tu, pandai - pandailah flush  sebelum keluar bilik air. Jangan tinggalkan. Dah macam UFO dah. Terampung kat permukaan tu. Tak ke jijik orang lain nak guna? Fikirlah sikit.

3. Tak lekat duk rumah
Ha, Yang tak lekat duk rumah pun satu hal. Janganlah duk keluar sangat. Jiran tengok kan fikir lain pula. Jagalah sikit adab duk rumah sewa. Ni tak, siang malam pagi petang keluar. Rakan serumah yang lain pula tak selesa. Jiran yang dah berkeluarga tu pun boleh fikir lain.

4. Pakwe | Makwe
Yang dah berkasih - kasihan tu mohon jangan selalu keluar atau lepak malam - malam kat luar rumah. Kan dapat jiran yang berkeluarga sebelah rumah pandang lain. Jangan sampai dah kena tegur baru nak sedar.

5. Duit rumah sewa
Dah duduk rumah sewa tu kenelah standby duit nak bayar rumah sewa. Jangan pula lengah - lengahkan. Kan kesian pula orang yang nak bayar kat owner rumah sewa. Kalau boleh prepare siap - siap duit tu. Jangan sampai owner mintak baru nak gi ambik duit kat ATM. Kan menyusahkan!

6. Bising
Silalah jaga kelakuan. Yang duk suka dengar lagu ke tengok movie ke. Silalah hormat sikit. Bukan tak tahu, kalau yang duk rumah sewa ni bisingnya lain macam. Sampaikan orang nak tidur kat sebelah pun tak lena. Fahamlah sikit. Ade sesetengah orang tu tidur dalam keadan senyap.

7. Tidur lewat
Yang tidur lewat pun janganlah tinggal satu dua jam lagi nak bangun baru nak tidur. Awak tu pelajar. Fikrlah. Ada akalkan. Nanti menyusahkan orang lain kejutkan awak. Nak kejutkan dahlah susah.

Kat atas tu Syai dah senaraikan fakta bakal housemate korang. Mungkin ada lagi yang Syai tak tulis. Lain kali mungkin. Panjang sangat dah ni.

Pesanan : Buat yang duduk di rumah sewa sila titik beratkan kebersihan, disiplin dan hormat sikit pada rakan serumah yang lain. Jangan fikir awak sorang je yang bayar. Orang lain pun bayar. 
Pesanan ikhlas daripada Syai.

L0V3,
Syx'i









Writter

Assalamualaikum. Hai. Hello. Ni hao. Welcome to my blog. Just call me Syx'i (SYA'I).
Scroll down happily
Tagboard

I'm sorry. I dont have any tagboard | chatbox. If you want to contact me just go to syairahmohdnoor@gmail.com
Credit

Template by Siti
OWNER : SYX'I