My Site
Facebook Twitter I DONT HAVE Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

Medical Check Up ( Part II )
Wednesday 4 June 2014 - Permalink - 0 Comments
Greeting Text


Assalamualaikum .
Yang baik datang dari Allah SWT . Yang buruk datang dari diri sendiri .

# Urine Test

Urine test . Check air kencing . Macam biasa la . Staff hospital akan berikan satu bekas kecil . Jadi , korang isikan dengan air kencing korang la . Tak kisah banyak atau sikit . Yang penting , jangan sikit sangat . Paling penting , JANGAN MAKAN NASI ATAU APA - APA PUN . Kerana kalau korang makan sebelum buat urine test , resultnya membawa kepada air kencing kotor . ( * bukan kotor seperti hitam ya ) . Air kencing korang disyaki ada gula . Jadi , pastikan korang tak makan . Macam saya , saya tak tahu pun tak boleh makan . Staff tu tanya la saya , samada saya makan ke ? Saya makan . Dia siap tanya makan pukul berapa ? Saya jawab la makan pukul 7 . Masa tu mungkin pukul 8 lebih . Jadi , dia akan tick gula pada borang medical check up pasal urine test tu .
Sebenarnya malau nak cerita . Haha . Tapi cerita juga . Sebab tak nak korang buat silap .

# Blood

Lepas dah siap urine test tu , kena pula check kumpulan darah . Saya berdarah O . Jadi , kalau nak menderma senang . Nak menerima darah lain tu susah . Kesian . Saya dah tahu lama dah darah saya . Sebab dah pernah buat masa Form 3 . Teman kakak pergi check kumpulan darah . Sekali lah check darah .
Mula - mula takut . Staff tu guna alat apa entah la .


Lebih kurang macam ni lah . Ni masa nak ambil darah . Sikit je pun . 


# Check Gigi

Check gigi macam biasa la . Periksa tengok gigi . Okey atau tak ? Masa tu tak ramai orang check gigi . Dalam tiga orang termasuk saya . Tapi nak tunggu nama dipanggil agak lambat la juga . Jadinya , kesabaran diperlukan .

# Check Mata / Penglihatan

Sebenarnya ni last sekali check . Ni satu lagi kejadian yang berlaku kat saya . Sebab tak tahu kat mana bilik nombor berapa untuk periksa mata tu , jadi ayah saya tanya kat nurse . Nurse tu suruh masuk je bilik nombor 1 . Lepas masuk , ada seorang lagi nurse yang ambil borang dan kertas medical check up tu . Dia cakap akan panggil nanti . Saya dan ayah saya pun tunggu je lah . Ingatkan nurse tu panggil nama untuk masuk periksa mata . Rupa - rupanya sangkaan saya meleset sama sekali . Dia panggil ikut nombor . Saya agak terlambat masuk . Sebab tak sedar . Dalam tiga kali jugaklah . Nurse tu suruh kita orang cepat - cepat masuk . Dia check guna alat la . Alat apa pun saya tak tahu . Dia suruh saya baca huruf yang tu . Macam biasa la . Korang pun kena juga nanti . Ingat jangan lambat masuk , kalau tak nak kena marah . Selepas dah siap check mata tu , nurse tu check nadi mungkin dengan guna alat periksa tekanan darah . Kot la . Tak pasti alat apa . Yang dia lilit kat lengan tu . 

# X - ray 

Lebih kurang macam ni lah tempatnya nanti . Ni lah alat yang digunakan untuk x - ray . Kalau untuk x - ray jantung yang berdiri tu lah . 




X - ray ni lama nak tunggu . Nak kata ada orang kan , saya je . Kitaorang pun tunggu la . Agak lama sempat lagi tengok animasi boboiboy lagi . Bila dia suruh masuk , saya masuk je la . Masuk seorang je . Juru x - ray suruh tukar baju . Pakai baju yang disediakan . Masa nilah korang kena buang rantai ya . Kalau boleh jangan pakai masa datang hospital untuk medical check up . Baju dia warna putih . Kena ikat baju tu . Dahla kat belakang talinya , agak susah nak ikat . Saya ikat je la . Lepas dah siap x - ray . Tukar baju yang kita pakai tu . Dia suruh tunggu sebab nak beri laporan x - ray tu . Cepat kan , tak payah tunggu lama - lama . Satu lagi nak cakap , masa x - ray tak payah tanggalkan seluar . Tanggalkan baju je . 

*** Tambahan . 
Lepas dah siap check semua , barulah saya dan ayah saya pergi timbang berat dan ukur ketinggian . Lepastu isi cepat - cepat . 

Kena tunggu lagi sebab borang medical check up ada dengan doktor . Kami kena tunggu untuk dapatkan keterangan dari doktor . Tunggu punya tunggu , akhirnya nombor kami dipanggil untuk masuk bilik nombor 7 . Saya dengan ayah masukla bersama . Lepastu dia minta x - ray tu . Dia kata tak ada apa - apa . Alhamdulillah . Syukur . Berborak ? Cakap sikit - sikit je . Doktor tanya , ayah yang jawabkan . Masa dia mintak x - ray tu , saya ingat dia minta kad pengenalan . Haha . Masalah pendengaran betullah . Buat malu je . Doktor tu boleh la dikatakan hensem . Huhu . 

Lepas habis je penerangan yang diberikan oleh Doktor SS tu kitaorang pun keluar . Sempat lagi ayah salam dengan doktor tu . Saya buat medical check up dekat Hospital Hiliran , Kuala Terengganu . Dekat juga dengan pejabat percetakan dan balai bomba . 

Sekian . Wasalam .

Entri ini siap ditaip pada 4/6/2014 . Hari : Isnin . Pukul  9 : 14 PM .

Pena ,




Writter

Assalamualaikum. Hai. Hello. Ni hao. Welcome to my blog. Just call me Syx'i (SYA'I).
Scroll down happily
Tagboard

I'm sorry. I dont have any tagboard | chatbox. If you want to contact me just go to syairahmohdnoor@gmail.com
Credit

Template by Siti
OWNER : SYX'I